THE GOLDEN STEPS
Dengan niat untuk membantu pesakit-pesakit kencing manis untuk mendapatkan kehidupan yang optimum dan lebih baik. Kami telah bersepakat menubuhkan sebuah pusat rawatan yang memberikan rawatan professional kepada pesakit yang menghidapi luka kencing manis untuk mengelakkan amputasi serta memberi penjagaan dan pendidikan kesihatan bagi mengelakkan pesakit dari luka kencing manis.
Bertitik tolak dari pemerhatian yang dilakukan, kebanyakkan pusat rawatan hanya menyediakan rawatan luka yang memerlukan pesakit datang. Ini pastinya menimbulkan kesulitan kepada sesetengah penjaga yang kebanyakkan bekerja dan mempunyai urusan harian yang lain. Oleh sebab kesibukkan penjaga, ramai pesakit yang terabai penjagaan lukanya hingga menyebabkan keadaan luka yang dihadapi menjadi lebih kronik dan risiko kehilangan nyawa. Prihatin dengan isu tersebut ,THE GOLDEN STEPS telah mewujudkan satu perkhidmatan yang pastinya memberi penyelesaian dan memberi harapan kepada pesakit dan penjaga.
THE GOLDEN STEP akan menyediakan Mobil Dressing & Daycare. Dengan kewujuddan perkhidmatan Mobil Dressing, pesakit akan menjalani rawatan dengan lebih selesa di rumah sendiri tanpa perlu risau masalah pengangkutan. Daycare pastinya membantu dan mengurangkan beban penjaga dalam menguruskan pesakit. Penjaga dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa tanpa perlu khuartir keselamatan pesakit sendirian di rumah. Pesakit juga turut dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan ini dapat meningkatkan kehidupan pesakit menjadi lebih berkualiti.
No comments:
Post a Comment