Senaman Kaki

SENAMAN  KAKI YANG DISYORKAN 

a)Duduk dengan betul di atas kerusi sambil meletakkan kaki ke lantai





b) Sambil meletakkan tumit di lantai, angkat tapak kaki ke atas. Kemudian, jari-jari kaki pula diletakkan di lantai sambil tumit kaki diangkatkan ke atas. Langkah ini diulangi sebanyak 10 kali
   Tumit kaki diletakkan di lantai. Bahagian depan kaki diangkat ke atas dan putaran 360 º dibuat dengan pergerakan pada pergelangan kaki sebanyak 10 kali





C)jari-jari kaki diletakkan dilantai. Tumit diangkat dan putaran 360 º dibuat dengan pergerakan pada pergelangan kaki sebanyak 10 kali
Kaki diangkat ke atas dengan meluruskan lutut. Putaran 360 º dibuat dengan pergerakan pada pergelangan kaki sebanyak 10 kali





D) Lutut diluruskan dan dibengkokkan ke bawah sebanyak 10 kali. Ulangi langkah ini untuk kaki yang sebelah lagi


E) Letakkan sehelai kertas suratkhabar di lantai. Renyukkan kertas itu menjadi bola dengan kedua-dua belah kaki. Kemudian, bukakan bola itu menjadi kertas yang leper menggunakan kedua-dua belah kaki. Langkah ini dilakukan sekali sahaja











No comments:

Post a Comment